KUALA LUMPUR: RHB Research mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor pembinaan dan memilih Kerjaya Prospek Group Berhad dan Sunway Construction Group Berhad sebagai pilihan utamanya, kerana kedua-dua syarikat ini boleh mengimbangi kekurangan projek infrastruktur mega awam.
Firma itu menetapkan saranan 'beli' untuk kedua-dua kumpulan itu dengan harga sasaran RM1.48 untuk Kerjaya Prospek dan RM2.07 untuk Sunway Construction.
Firma itu berkata, kekurangan projek infrastruktur baharu dalam perancangan, selain daripada Transit Aliran Massa 3 (MRT3), boleh terus melemahkan sentimen sektor pembinaan, selain peningkatan kos bahan binaan, seperti bar keluli.
Dengan mengambil kira perkara ini, pelabur harus mengamalkan pendirian taktikal terhadap sektor itu dengan kekurangan projek infrastruktur mega baharu dan kelewatan kontrak selanjutnya.
“Syarikat seperti Kerjaya Prospek (melalui perkongsiannya dengan Samsung C&T) dan Sunway Construction telah menceburi segmen bangunan industri, iaitu kilang dan pusat data, yang memperoleh margin lebih tinggi berbanding projek pembinaan biasa.
“Selain itu, rancangan Amazon.com Inc untuk melabur RM25.5 bilion di Malaysia menjelang 2037 mungkin mengujakan ruang pusat data, kerana pelaburan itu termasuk infrastruktur pengkomputeran awan," kataya dalam satu nota kajian, hari ini.
Sementara itu, firma itu berkata, potensi pengurangan kos projek untuk MRT3, daripada RM50.2 bilion kepada kurang RM45 bilion tidak menjejaskan sambil menambah ketidaktentuan dari segi garis masa masih menjadi kebimbangan kontraktor memandangkan kekurangan projek infrastruktur besar lain.
“Berdasarkan anggaran kami, kajian kos itu memakan masa antara tiga hingga lima bulan.
"Kontraktor utama akan menunggu lebih lama dan keadaan itu menyaksikan pakej subkontrak akan menjadi lebih lama," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Mar 06 2023
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR
Dua projek infrastruktur di Langkawi bernilai lebih RM137 juta dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada Januari tahun hadapan.
Kumpulan Gamuda perkasakan inovasi serantau dengan Google Cloud AI
Ia memperkasakan pekerja Gamuda untuk jadi lebih efisien dan inovatif dalam menyampaikan projek kejuruteraan, pembinaan dan infrastruktur awam.
RM45.11 juta laksana projek infrastruktur, kemudahan awam di N. Sembilan - KPKT
KPKT memperuntukkan RM45.11 juta bagi pelaksanaan projek infrastruktur, sosio ekonomi dan kemudahan awam di seluruh Negeri Sembilan hingga Oktober.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.7285/7320 berbanding dolar AS 4.7215/7255 ketika ditutup pada Selasa.
Kementerian Ekonomi terima lebih 3,000 permohonan IKR
Rafizi berkata Sabah mencatatkan jumlah permohonan paling tinggi iaitu sebanyak 909 projek, diikuti Negeri Sembilan (559 projek) dan Sarawak sebanyak 268 projek.
Malaysia akan buka semula kedutaan di Iraq
Zambry berkata, ia juga akan membuka lebih banyak peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang untuk kedua-dua buah negara.
Malaysia perlu perkukuh pasaran modal, hidupkan semula projek infrastruktur
Syarikat yang disenaraikan di bursa sewajarnya menumpukan perhatian kepada projek infrastruktur baharu dan terlibat dalam projek-projek BRI.
Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak telah menerima senarai 92 projek infrastruktur bernilai RM1.092 bilion daripada kerajaan Persekutuan.
Ketiadaan projek infrastruktur baharu beri kesan negatif kepada sektor pembinaan - RHB Research
Firma itu menetapkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM1.48 untuk Kerjaya Prospek dan RM2.07 untuk Sunway Construction.
Kerajaan pertimbang tambahan pemberian khas kepada Sabah - PM
Kerajaan akan mempertimbangkan tambahan pemberian khas kepada Sabah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.